Thursday 20 September 2018

Perancangan Jadual Belajar



Pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kebiasaannya bijak dalam mengagih dan menguruskan masa. Kegagalan mengatur masa dengan berkesan merupakan faktor utama kegagalan dalam pelajaran.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu ialah :
i.                Tujuan penyediaan jadual itu.
ii.              Mengutamakan aktiviti yang lebih penting.
iii.             Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
iv.             Nyatakan mata pelajaran yang perlu diulang kaji mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar IPT.
v.              Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti tugasan dan assignment, membuat nota dan sebagainya.
vi.             Masa rehat juga perlu dipertimbangkan.

Jenis Jadual Waktu
(1)   Jadual waktu semester (rancangan untuk aktiviti satu semester)
(2)  Jadual waktu mingguan (rancangan untuk aktiviti seminggu)
(3)   Jadual waktu harian (rancangan untuk aktiviti setiap hari)

(a)   Jadual waktu semester
Tujuan menyediakan jadual waktu semester ialah untuk :
i.                Mengetahui jenis aktiviti yang akan dijalani untuk menentukan bila ada latihan sukan, peperiksaan, dan sebagainya bagi membuat persediaan lebih awal.
ii.              Mempertingkatkan diri anda tentang tugasan yang perlu dilakukan sepanjang satu semester.
iii.             Persediaan membuat perancangan dan tindakan semester anda





      Jadual 1.0 CONTOH JADUAL WAKTU SEMESTER

(b)  Jadual waktu mingguan atau harian
Aktiviti yang dimasukkan mestilah sesuai dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Contohnya :
i.                Senaraikan mata pelajaran yang akan pelajari.
ii.              Aktiviti kokurikulum yang akan jalani.
iii.            Aktiviti persendirian anda seperti beribadat, berehat, dan sebagainya.
Dalam proses menyediakan jadual waktu mingguan dan harian ini, anda dicadangkan agar mengambil kira :
i.                Aktiviti yang dilakukan sebelah petang mestilah berkaitan dengan aktiviti sebelah pagi dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan tugasan serta assignment dan menyemak nota yang baru diterima.
ii.              Aktiviti sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok seperti membuat persediaan awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya :
i.                Membuat persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
ii.              Memahami pengajaran pada hari itu.
iii.             Menyiapkan assignment.
iv.             Masa untuk membuat ulang kaji pelajaran yang telah dipelajari semester lepas, minggu lepas.



WAKTU
AKTIVITI
6:00AM - 6:15AM
BANGUN PAGI
6:15AM - 6:30AM
MANDI
6:30AM - 7:00AM
SARAPAN PAGI
7:00AM - 7:30AM
MENGHUBUNGI IBU BAPA
7:30AM - 8:00AM
BERTOLAK KE KULIAH
8:00AM - 1:00PM
KULIAH
1:00PM - 2:00PM
MAKAN TENGAHARI
2:00PM - 5:00PM
KULIAH
5:00PM - 5:30PM
REHAT
5:30PM - 5:45PM
MENYEMAK NOTA
5:45PM - 6:45PM
BERJOGING
6:45PM - 7:00PM
MANDI
7:00PM - 8:00PM
MAKAN MALAM
8:00PM - 10:00PM
MENGULANG KAJI / MENYIAPKAN TUGASAN
10:00PM - 10:30PM
MEMBUAT PERSEDIAAN AWAL
10:30PM - 11:00PM
LAMPU TUTUP / TIDUR


       Jadual 2.0 CONTOH JADUAL WAKTU HARIAN / MINGGUAN

(c)   Manfaatkan masa lapang
Sela masa merupakan lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ia boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Antaranya ialah :
i.                Masa rehat yang berlebihan.
ii.              Semasa menunggu masa makan pagi, petang, dan malam.
iii.             Masa antara kuliah.
Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa:
i.                Membaca sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar atau tajuk yang akan diajar oleh pensyarah.
ii.              Membaca nota ringkas, formula, melihat gambar rajah, dan sebagainya.
iii.             Berbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
iv.             Membaca nota yang baru diterima.

Penyediaan jadual ini merupakan perkara yang mudah bagi semua pelajar. Namun apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya secara praktikal. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut ialah :
i.                Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
ii.              Sentiasa menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
iii.             Mengingat kembali objektif dan tujuan asal membuat jadual waktu.
iv.             Elakkan suka bertangguh.
v.              Ingatkan semula matlamat dan tujuan anda datang dan belajar ke IPT.



Oleh: Tan Zi Rui {PPISMP BM(SJKC-JUN 2018)

No comments:

Post a Comment

Perancangan Jadual Belajar

Pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kebiasaannya bijak dalam mengagih dan menguruskan masa. Kega...