Tuesday 18 September 2018

Penetapan Matlamat Diri dan Akademik



          Anda sering menghadapi masalah sebegini? Jangan risau, artikel ini akan membantu anda menyelesaikan tabiat gemar melengahkan masa menerusi pengenalan Penetapan Matlamat Diri dan Akademik. Tindakan ini sebenarnya memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan kita terutamanya apabila kita melangkah ke peringkat universiti dan alam pekerjaan kelak kerana dengan adanya matlamat diri yang jelas barulah kita mudah meraih kejayaan kelak. 

          Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang topik ini, ayuh sama-sama menyelusuri makna penetapan matlamat. Penetapan matlamat ialah satu kemahiran yang terbahagi kepada 2 kategori iatu penetapan matlamat jangka panjang dan penetapan matlamat jangka pendek. Sekiranya penetapan matlamat yang jelas ditetapkan oleh seseorang individu maka  pengukuran tahap kemajuan pasti dapat dilakukan dan akhirnya mencapai kepuasan peribadi sempena meraih kejayaan.
          Pernahkah anda dengar tentang penetapan matlamat melalui cara SMARTSMART merupakan akronim untuk perkataan Specific, Measurable, Attainable, Realistic dan Time-bound. Berikut akan saya terangkan maksud kelima-lima perkataan ini serta peranannya dalam menetapkan matlamat diri dan akademik. 




       Specific
  • Specific di sini merujuk kepada terperinci kerana matlamat yang terperinci adalah jauh lebih bermakna daripada matlamat yang umum. Hal ini demikian kerana penetapan matlamat yang terperinci akan menyedarkan diri untuk berusaha mencapai matlamat yang ternyata jelas berbanding dengan matlamat yang umum dan akan menyebabkan kita hilang hala tuju.


      Measurable
  • Apabila matlamat anda telah jelas maka sudah pasti matlamat tersebut dapat diukur. Ini dapat memberikan satu persepsi kepada diri sendiri tentang halangan yang akan dihadapi dalam proses pencapaian matlamat yang ditetapkan maka beberapa insentif boleh difikirkan untuk mengatasi masalah yang dijangka akan menduga kita pada masa yang akan datang.
 
      Attainable
  • Sekiranya anda mendapati bahawa anda tidak mampu untuk mengharungi cabaran-cabaran yang telah diukur nanti maka anda harus mengubah suai matlamat anda sehingga ke tahap boleh dicapai. Ini akan mempermudahkan pencapaian matlamat anda dan menjadikan matlamat tersebut munasabah iatu aspek yang akan dibincangkan seterus ini.

     Realistic
  • Namun demikian, menyedari hakikat segala penetapan matlamat kita wajar munasabah kerana penetapan matlamat yang tidak munasabah jarang membawa hasil yang lumayan. Oleh itu, aspek munasabah harus dititik beratkan untuk memastikan matlamat yang kita tetapkan bukan sahaja mampu dicapai tetapi juga munasabah bukannya mustahil.

     Time-bound
  • Akhir sekali, aspek masa turut penting dalam menetapkan matlamat anda kerana matlamat yang jelas dan munasabah tidak akan dicapai selama-lamanya apabila tiada masa yang diperuntukkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana kita akan melengah-lengahkan masa untuk mencapai matlamat yang telah dirancang disebabkan ketidakwujudan tempoh masa yang ditetapkan.

          Akhirulkalam, tidak dapat dinafikan bahawa penetapan matlamat diri cara SMART memang lengkap sekali untuk semua lapisan masyarakat namun harus diingatkan bahawa cara ini tidak begitu sesuai untuk individu yang mempunyai matlamat setinggi langit dan sanggup memberikan usaha serta pengorbanan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Hal ini demikian kerana aspek Realistic dan Attainable yang menjadi penghalang bagi golongan ini. Oleh itu, kita patut mengenali diri dahulu barulah memilih cara penetapan matlamat diri yang bersesuaian dengan sifat diri. 



By : Haw Wai Kiat {PPISMP BM(SJKC) JUNE 2018}

No comments:

Post a Comment

Perancangan Jadual Belajar

Pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kebiasaannya bijak dalam mengagih dan menguruskan masa. Kega...