Pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan kebiasaannya bijak dalam mengagih dan menguruskan masa. Kegagalan mengatur masa dengan berkesan merupakan faktor utama kegagalan dalam pelajaran.
Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu ialah :
i.
Tujuan
penyediaan jadual itu.
ii.
Mengutamakan
aktiviti yang lebih penting.
iii.
Pertimbangkan
jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata
pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
iv.
Nyatakan
mata pelajaran yang perlu diulang kaji mengikut keutamaan atau mengikut
kesesuaian anda sebagai seorang pelajar IPT.
v.
Peruntukan
jumlah masa bagi membuat tugasan seperti tugasan dan assignment, membuat nota
dan sebagainya.
vi.
Masa
rehat juga perlu dipertimbangkan.
Jenis Jadual Waktu
(1) Jadual
waktu semester (rancangan untuk aktiviti satu semester)
(2) Jadual
waktu mingguan (rancangan untuk aktiviti seminggu)
(3) Jadual
waktu harian (rancangan untuk aktiviti setiap hari)
(a) Jadual
waktu semester
Tujuan menyediakan jadual waktu semester
ialah untuk :
i.
Mengetahui
jenis aktiviti yang akan dijalani untuk menentukan bila ada latihan sukan, peperiksaan,
dan sebagainya bagi membuat persediaan lebih awal.
ii.
Mempertingkatkan
diri anda tentang tugasan yang perlu dilakukan sepanjang satu semester.
iii.
Persediaan
membuat perancangan dan tindakan semester anda
Jadual 1.0 CONTOH JADUAL WAKTU SEMESTER
(b) Jadual
waktu mingguan atau harian
Aktiviti yang dimasukkan mestilah sesuai
dan selaras dengan aktiviti pembelajaran anda pada minggu tersebut. Contohnya :
i.
Senaraikan
mata pelajaran yang akan pelajari.
ii.
Aktiviti
kokurikulum yang akan jalani.
iii. Aktiviti
persendirian anda seperti beribadat, berehat, dan sebagainya.
Dalam proses menyediakan jadual waktu
mingguan dan harian ini, anda dicadangkan agar mengambil kira :
i.
Aktiviti
yang dilakukan sebelah petang mestilah berkaitan dengan aktiviti sebelah pagi
dan untuk hari esok, iaitu seperti menyelesaikan tugasan serta assignment dan menyemak
nota yang baru diterima.
ii.
Aktiviti
sebelah malam mestilah bersesuaian dengan aktiviti untuk hari esok seperti
membuat persediaan awal, mengulang kaji pelajaran lepas dan sebagainya.
Tujuannya :
i.
Membuat
persediaan awal tentang tajuk yang akan dipelajari esok pagi.
iii.
Menyiapkan
assignment.
iv.
Masa
untuk membuat ulang kaji pelajaran yang telah dipelajari semester lepas, minggu
lepas.
WAKTU
|
AKTIVITI
|
6:00AM - 6:15AM
|
BANGUN PAGI
|
6:15AM - 6:30AM
|
MANDI
|
6:30AM - 7:00AM
|
SARAPAN PAGI
|
7:00AM - 7:30AM
|
MENGHUBUNGI IBU BAPA
|
7:30AM - 8:00AM
|
BERTOLAK KE KULIAH
|
8:00AM - 1:00PM
|
KULIAH
|
1:00PM - 2:00PM
|
MAKAN TENGAHARI
|
2:00PM - 5:00PM
|
KULIAH
|
5:00PM - 5:30PM
|
REHAT
|
5:30PM - 5:45PM
|
MENYEMAK NOTA
|
5:45PM - 6:45PM
|
BERJOGING
|
6:45PM - 7:00PM
|
MANDI
|
7:00PM - 8:00PM
|
MAKAN MALAM
|
8:00PM - 10:00PM
|
MENGULANG KAJI / MENYIAPKAN TUGASAN
|
10:00PM - 10:30PM
|
MEMBUAT PERSEDIAAN
AWAL
|
10:30PM - 11:00PM
|
LAMPU TUTUP / TIDUR
|
Jadual 2.0 CONTOH JADUAL WAKTU HARIAN / MINGGUAN
(c) Manfaatkan
masa lapang
Sela masa merupakan lebihan masa yang
biasanya disia-siakan tetapi ia boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Antaranya
ialah :
i.
Masa
rehat yang berlebihan.
ii.
Semasa
menunggu masa makan pagi, petang, dan malam.
iii.
Masa
antara kuliah.
Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela
masa:
i.
Membaca
sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar atau tajuk yang akan diajar oleh
pensyarah.
ii.
Membaca
nota ringkas, formula, melihat gambar rajah, dan sebagainya.
iii.
Berbincang
dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
iv.
Membaca
nota yang baru diterima.
Penyediaan
jadual ini merupakan perkara yang mudah bagi semua pelajar. Namun apa yang selalu
mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya secara
praktikal. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut ialah
:
i.
Keazaman
dan kesungguhan yang tinggi.
ii.
Sentiasa
menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
iii.
Mengingat
kembali objektif dan tujuan asal membuat jadual waktu.
iv.
Elakkan
suka bertangguh.
v.
Ingatkan
semula matlamat dan tujuan anda datang dan belajar ke IPT.
Oleh: Tan Zi Rui {PPISMP BM(SJKC-JUN 2018)